Followers

Saturday, September 22, 2012

Makan-Makan : Seoul Garden

Assalamualaikum.

Nak update makan-makan lagi. kali ni kami pergi makan kat Seoul Garden kat KL festival city. Grill-grill time.

::Seoul Garden, KL Festival City::


::Harga buffet::


 ::Tempat Grill::

 ::Kimci::

 ::Ayam dan daging yang sedang di grill::

Lisa suka daging and ayam yang di grill tu. rempahnya meresap..hihihi.. ada juga ikan, tapi lisa tak suka sangat..rasa pelik..;p

 ::Kakak kesayangan yang belanja::

 ::Kanak-Kanak yang wajib ikut::

Kami lepak kat sana sampai 4 jam..dah tu makan secara buffet, kami kan lemah bab-bab makan buffet ni. akhirnya kami balik dengan kekenyangan. tak larat nak jalan sudah.

owh, antara dubu dubu n seoul garden, kami lagi suka dubu dubu.. kimci dia lagi pedas. hihihi..:)

okey, dah..bye!!!





Terima Kasih, sebab baca (:

Friday, September 21, 2012

karaoke: Microfone Pandan Indah

Assalamualaikum.

Karaoke time. kami suka pergi karaoke..hihihi..tapi bukan pergi selalu pun..kadang-kadang je..kalau dah masing-masing tension dah terlebih..apa lagi..karaoke lah jawapnya. kebetulan hari tu kakak saudara Lisa, beli kat groupon, murah sangat. 3 jam tak sampai RM 50.00 promotion katanya. Microfone kat Pandan Indah ni baru je buka. tak sampai 5 bulan lagi rasanya.


































 ::Tak start karok lagi dah hujan, acamne?::

 ::Check-In time::

 ::Budak Nakal::

 ::Ekslusif ruang lobi ni::

 ::Keropok Big Bang, K-pop sangat::

::Jangan tinggal kan saya::

Ala..gambar dalam bilik karaoke tak ada pula. time nak edit, baru perasan tak clear sangat. gelap kata kan. tempat baru, best lah kan.

Macam nak rak kami karok lagu korea. yang penting big bang n ft island. puas haku, dapat jerit-jerit. haru-haru dan helo helo. 2 round hokey.

okey, dah..

bye..:)



Terima Kasih, sebab baca (:

Wednesday, September 19, 2012

Makan Makan : Tanjung Lumpur, Kuantan

Assalamualaikum..

owh, rindu dengan blog sendiri. lama juga lah tak sempat nak update secara serius. kali ni nak update secara seriussss. ahahak.

Dah lama tak update pasal makan kat blog ni, so hari ni nak cerita sikit time kami makan-makan kat Tanjung Lumpur hari tu..bila tak payah tanya lah. sebab tukang cerita pun dah lupa bila kejadian ni berlaku. tapi yang pasti bukan cerita tahun lepas lah tau. hihihi..

Makan-makan bersama abah, along dan adik. walaupun tak cukup forum, tapi okey lah. dah lama tak berkumpul macam ni. Dah nama pun Tanjung Lumpur kan. apa lagi seafood lah gamaknya.


::Sotong Goreng Tepung dan Ikan 3 Rasa::

::Kupang Masak ape tah::

Kalau ikut kan, macam-macam lagi kami nak order, sebab geram sangat tengok ikan-ikan yang fresh. tapi oleh kerana budak yang ambil order tu cakap cukup lah ni kak..kan makan 4 orang je, nanti membazir. okey fine. Antara dia mmg tak nak kasi kami membazir ataupun dia malas nak masak banyak-banyak kan. tahu dah. *jeling budak tu*





::Muka lapar::

::Abah kami::

 ::bluppp, kenyang::

owh, lupa nak tunjuk tomyam campur tu. dah tu tomyam sampai lambat. kalau nak tahu dah dua kali kami makan kat sini, dua kali juga lah tomyam kami lambat sampai. mungkin, mmg style makan kat kedai ni tomyam buat pencuci mulut. agaknya lah. 

okey, dah..nanti lisa update lagi..nak cerita pasal makan-makan lagi nih. banyak gambar makanan nak tunjuk kat korang nih.;p

bye!!!


Terima Kasih, sebab baca (:

Monday, September 10, 2012

Kembali bercinta.. <3

Asslamualaikum..

Amboi, cepat je kan nak bergosip..mana ade apa apa..

Dah lama xupdate blog..cite banyak..tapi tak sempat nak update lagi..nanti lisa update ye..masih mencari waktu yang sesuai..sekarang tengah sebuk sangat..almaklumlah..lepas raya, ramai nak kawin..fuhhhh..

Okey, lah..nanti lisa update secara serius ye..ni nak test je..:-)



Terima Kasih, sebab baca (:

Tuesday, August 14, 2012

Gambar Si Gedik!!!






Terima Kasih, sebab baca (:

Monday, August 13, 2012

Kuih Raya In Making


Assalamualaikum..

tahun ni, tak banyak kuih yg berjaya kami buat..masing-masing sebuk mengalahkan perdana menteri pulak..sampai rumah semua buat muka..penat sangat katanya..setakat ni, berjaya buat 5 jenis je..kalau ikutkan..nak buat banyak sikit tahun ni..nak baget cost..tapi nampaknya bertambah lah cost kami raya ni..

::Acara adun mengadun::

::Kuih wajib buat setiap tahun::

kuih yg yg dah buat malas nak snap..so 2 gambar ni je yg sempat di snap..;)

okey dah, bye..

:)


Terima Kasih, sebab baca (:

Sunday, August 12, 2012

Makan Dan Kereta

Assalamualaikum..

Jom layan video ni..kelakar..muka budak baju biru tu, nak mintak penyepak je kan.. 

Owh, jap lagi nak balik kuantan..yihaaa..kami dah start cuti, anda bila lagi..huhuhu..tiket jam 8.30 mlm..naik bas transnational..tak stress langsung nak beli tiket, sebab tiket banyak..hahaha..

Terima Kasih, sebab baca (:

Saturday, August 11, 2012

Pavlova di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum...

Nak cite pasal makan lagi..hakhakhak..bulan puasa ni selera makan macam naga dah..semua terliur..sampai tengok peti ais pun dah melopong..hihihi..kalau pergi bazar ramadhan mesti beli air lebih dari 2 jenis..tapi time berbuka minum satu jenis je..:p

puasa tahun ni, penat sangat..mencabar betul..dan banyak juga dugaan Allah bagi kali ni..sabar dan tabah..insyaAllah semua akan baik-baik sahaja.okey, kite cerita pasal yg manis-manis aje..supaya kita boleh tersenyum..xmo sedih-sedih kan..(:

hari tu, lisa tempah baby pavlova kat cik min. kalau ada yg nak tray boleh order kat cikmin.

masa lisa dapat ni, pukul 1 tengah hari..mau tak tergugat nak tunggu sampai nak berbuka..sengsara jiwa kami. jom layan gambar.
 ::16 Ketul pemanis::

 ::yummy::


Setiap kali tengok gambar pavlova ni..mesti terliur..haihhh..kena calling-calling cik min lagi nampaknya..(:

ok, dah bye

:)

Terima Kasih, sebab baca (:

Friday, August 10, 2012

Iftar : johnny's steamboat

Assalamualaikum...

cerita pasal makan lagi..ater dasar kuat makan kan..hihihi..hari tu kami pergi berbuka puasa kat johnny's steamboat selayang mall. pergi mkn beramai-ramai..4 org anak dara dan seorang anak tak berapa nak teruna..hakhakhak..

::Nampak mangkuk pun dah rasa lapar::

 ::vanilla, chocolate dan strawberry milk shake::

 ::Air kelapa si gemuk::
 ::okey, terliur semula::
 ::Penuh satu meja::

minggu lepas makan kat malaya steamboat. minggu ni layan johnny's plak..dan yg pasti johnny's menang..lagi sedap layan johnny's. sebenarnya, ada lagi side dish yg lain tapi malu nak tunjuk..masing-masing ambik nasi goreng. lisa, along dan sepupu lisa ambik nasi goreng nenas. sepupu lisa yg lagi satu ambik nasi goreng ape tah..se gemuk ambik nasi ayam..

kali ni makan tak membazir sangat..sebab makan 4 org kan..masing2 makan tak hingat punya..;)

okey dah, bye..

:)


Terima Kasih, sebab baca (:

Monday, August 6, 2012

Resipi : Kerabu Mangga

Assalamualaikum..

Nak share resipi lagi, kali ni nak share buat kerabu mangga..haih..saya sangat pro membuat kerabu ye..wakakaka..benda-benda yg simple mcm ni..bolehlah kau nak belagak kan..cube kalau orang suruh buat yg pelik-pelik..mau kau pitam kat dapur tu..hihihi..

okey jom kita start..

bahan-bahan :

3 biji mangga muda
kacang tanah (digorng)
1 biji bawang besar
limau nipis
5 biji cili padi
bunga kantan saiz kecil
gula secukupnya

cara-cara :

cincang/parut halus mangga muda. kalau nak cepat parut je..cepat pun cepat kan..lepas tu campurkan semua bahan-bahan tadi..dah siap kau..bukan payah sangat..hahaha


okey dah...bye...:)






Terima Kasih, sebab baca (:

Saturday, August 4, 2012

Resipi : Koktail Buah-Buahan

Assalamualaikum..

hari ni nak kongsi  resipi plak..resipi kali ni, koktail buah-buahan..

bahan-bahan :

1 tin buah-buahan
1 tin susu cair/ 1 kotak susu segar (DHL)
agar-agar
gula secukup rasa

cara-cara :

campurkan semua bahan-bahan tadi dan siap..hahaha..senang sangat pulak..tak caya cuba buat..mmg senang nak ............ (isi tempat kosong sendiri)

::campukan semuanya::

 ::gaulkan::

lisa, gunakan susu tu..sebab time lisa buat tu..hanya ada susu tu aja kat dapur..malas nak kuar cari susu semata-mata..so kita belasah jelah kan..

lepas dah campukan semua bahan-bahan tadi..masukkan kat dalam peti ais sebarang dua tiga jam..baru best..kalau tak pun..tambah ais..kalau nak tambah ais, buatlah manis sikit..kalau tak tawar nanti..

okey dah, bye..

selamat mencuba!!!!

Terima Kasih, sebab baca (:

Friday, August 3, 2012

Iftar : Malaya Steamboat

Assalamualaikum...

Asik cerita pasal makan je kan..tak apa kan, tabah ye..huhuhu..

hari isnin lepas lisa n kembar lisa pergi berbuka kat malaya steamboat..tak jauh pun..kat area sri gombak aje..malas kami nak pergi jauh-jauh..tenaga kurang time puasa nie. buffet lagi, dan mcm biasa pembaziran berlaku..:p

malaya steamboat ni, mmg ada buffet je..satu kepala RM 28.00..kalau ada yg nak pergi tak bawak kepala, xleh masuk..wakakaka..gurau aje..lisa n kembar mmg lemah sikit kalau bab buffet ni..sbb kami tak reti makan secara pukal..tak paham kan kenapa perkataan pukal digunapakai, tapi janji aku paham n kau pun paham sudah..



 ::makan utk 2 org::

sebenarnya, kami ambik semua tu, bukan ikut 2 org makan tapi ambil sehingga mampu dan rasa-rasa mcm sesuai utk makanan berharga RM 28.00..keji tak..hahaha..tapi, lisa rasa semua makanan tu, tak sampai pun RM 56.00 kot..

 ::main game, sementara tunggu azan::


ada dua jenis kuah yg di sediakan..satu tomyam lagi satu sup..pilih mana yg korang suka, lisa suka tomyam...

 ::ketidak habisan::
 kami pulang dalam kekenyangan yg amat sangat..

okey dah, bye....:)



Terima Kasih, sebab baca (: