Followers

Wednesday, September 22, 2010

Playful Kiss


Hari ini mari kita berperasaan KOREA..

Sekarang ni tengah melayan cerita korea..sangatlah comel..cerita ni tengah ditayangkan dekat korea, taiwan dan jepun..cerita ni tengah meletup letup sekarang ye..Tenguk lah pulak sape hero dia kan..

Jom kita layan...


Playful Kiss ialah mengenai seorang pelajar lelaki yang popular dan genius, bernam
a Baek Seung Jo, yang mempunyai personaliti yang stand offish dan Oh Ha Ni merupakan pelajar perempuan yang tidak terlalu genius tetapi dikenali sebagai seorang yang sentiasa senyum dan gembira. Gempar bumi telah memusnahkan rumah Oh Ha Ni dan menyebabkan dia dan ayahnya terpaksa tinggal serumah dengan keluarga Baek Seung Jo ( Kawan lama ayah Oh Ha Ni). Oh Ha Ni telah lama menyimpan perasaan terhadap Seung Jo tetapi tidak pernah menerima sebarang kepastian tentang penerimaan dari Seung Jo. Hiburan dan aduan berlaku apabila mereka berinteraksi & melekatkan diri kepada satu sama lain.

Watak Utama :-

Macam penah tengok kan??haih...nie lah pelakon cerita BOYS OVER FLOWER yang terbaik dari ladang 2..comelkan????

Lisa rasa minah ni heroin dalam cerita MY GIRL..kalau tak silap lah..muka dia ada iras iras...

XOXO

Romantic sangat...tak sabar nak tengok cerita ni sampai abis..sangatlah comel diaorang ni..setakat yang lisa tengok diaorang ni tengah gaduh gaduh lagi...Kim Hyun Joong dalam cerita ni macam carector dalam cerita boy over flower..sangatlah pendiam n tak kesah pasal orang lain..k lah lisa nak pegi layan lagi cerita ni...Bye!!!!!!!!!!!!



Terima Kasih, sebab baca (:

10 Perkara yang TIDAK disukai LELAKI tetapi DISUKAI oleh PEREMPUAN

Salam..

Tengok tajuk tu punyalah panjang..kalau tak faham jugak tak tahu la kan.. =)
saja nak bagi tahu..ni entry yg ke-100..haih..dah lama ber blog tapi baru dapat 100 entry..tapi tak apa tetap teruja...

ok hari ni tak tahu nak update apa so, kita cerita sikit pasal perangai perempuan yang lelaki tak suka...nak jugak update walaupun...

******here we go...!!!!!!!******

1. Cerewet

Cuba tanya kat mana mana lelaki, ada tak yang suka kat perempuan yang cerewet..ok jawapan yang 98% pasti adalah TAK SUKA ya..yang lagi 2% tu mungkin time dia jawap tu dalam keadaan yang tidak sedar =0
Lelaki sangat lah tidak suka kepada perempuan yang cerewet tahap dewa..kerana bagi mereka perempuan yang cerewet ini adalah sangat merimaskan..dah semua tak boleh mana boleh tahan kan..

You jangan lah pakai seluar pendek..i xsuka la..i geli tengok bulu kaki u..

agak agaknya apa lelaki tu buat..?fikirkan..

2. Kuat Berleter

Ok ni kegemaran semua perempuan..saya tahu..LELAKI tidak tahu yang sebenarnya kalau perempuan tu berleter maksudnya dia sayang...betul tak..tapi itulah...nak berleter boleh, tapi jangan lah sampai naik berlubang telinga KEKASIH anda tu..LELAKI ni kalau boleh..kalau dia buat salah PEREMPUAN diam je..

Masa diawal awal perhubungan kuat berleter tu memang LELAKI SUKA..bagi LELAKI PEREMPUAN yang kuat berleter tu seorang yang sangat mengambil berat, tapi itu semasa sayang masih penuh didada..tetapi semasa sayang sudah semakin kurang..agak agaknya apa PEREMPUAN itu dapat...

3. Pengotor

Yang ini tak payah nak huraikan panjang panjang..semua orang pun tak suka kekotoran..jaga kebersihan diri anda..

4. Sombong

Jangan terlalu sombong..lelaki sangat suka PEREMPUAN yang pandai bawa diri..TAK terlalu sombong dan TAK terlalu peramah..LELAKI suka kepada PEREMPUAN yang dapat terima kawan kawan mereka dan dapat lepak bersama.

5. Banyak Mulut

Kata lain untuk Banyak Mulut ini adalah MULUT MURAI..aduh..lelaki TIDAK suka perempuan yang bermulut bising..sangat la merimaskan..jangan sampai orang tanya orang lain KAMU pulak yang menjawap..

6. Bercanggah Pendapat

Semua LELAKI kot yang suka PEREMPUAN ikut cakap dia..Sebab lelaki kan ada EGO..Tapi kalau LELAKI mintak yang bukan bukan jangan pula KAMU ikut tanpa berfikir dahulu..Kadang kadang LELAKI tidak suka jugak kepada PEREMPUAN yang lurus bendul..Sesekali berkata TIDAK adalah PENTING!!!!!!!.

7. Tidak Bersopan

Kadang kadang itu ada jugak masa masanya PEREMPUAN yang terlepas laku..Tapi ada jugak PEREMPUAN yang memang tidak bersopan..bukan maksudnya kena jadi seperti GADIS MELAYU TERAKHIR, tetapi jangan terlalu over..latihlah diri anda menjadi lebih sopan ya..

8. Degil

Sesekali mengaku kalah tidak salah.Walaupun anda rasa anda berada di pihak yang benar. sesekali bagi muka apa salahnya girlz..=)

-MENGAKU SALAH BUKAN BERMAKNA KALAH-

9. Pura Pura Tidak Tahu

Kalau orang tanya pendapat. beri lah pendapat anda..Jangan pula buat buat tidak tahu..jangan kedekut ilmu..tapi jangan sampai orang cakap anda berlagak pandai pulak. Jawap apa yang anda tahu sahaja..Tapi jangan pula anda buat buat tidak tahu hanya untuk menjaga hati si dia.. ^_^'

10. Ungkit kesah lama

Sifat PEREMPUAN kalau tengah marah memang semua nak cakap termasuk lah perkara perkara yang dah lepas. sehingga kan perkara yang tidak berkaitan pon di kaitkan..Jangan terlalu amalkan sebab LELAKI tidak suka kalau perkara yang sudah lepas di ungkit ungkit semula..ini memang boleh mendatangkan marah..

ok dah cukup?kalau ikutkan ada banyak lagi, tapi cukuplah..penat dah ni menaip..=)

Fikir fikirkan lah..





Terima Kasih, sebab baca (:

Saturday, September 18, 2010

Tip tip ber nuffnang


hai...sekarang ni lisa tengah nak faham apa itu nuffnang..dah lama dah pakai nuffnang ni..tapi haruslah lisa masih tak faham..

kalau ada sapa sapa tahu pasal istilah istilah nuffnang..sila lah kongsi ngan lisa..nak tahu jugak apa itu buffered earning (BE), apa itu ME...sangat lah tak faham...

Tolong ye..(sambil senyum comel) =)...

Kalau ada tip tip untuk tinggkatkan nuffnang pon ok juga..





Terima Kasih, sebab baca (:

Friday, September 17, 2010

mari bertukar link

hai...

Lisa dah tambah widget...apa lagi masukkan lah link blog korang..boleh lah kalau lisa ada masa free masuk blog korang..senang kan..boleh kita sama sama tingkatkan trafic blog masing masing...


Kalau yang rajin follow blog ni..bagi tahu tau..nanti lisa follow blog anda semula..sama sama boleh tinggkatkan follower..=)

entry kali ni berkaitan sama sama...

sama sama link
sama sama follow
sama sama dapat tingkatkan trafic..kan..kan..kan..

p/s : sharing is caring!!!!!!


Terima Kasih, sebab baca (:

Thursday, September 16, 2010

-Hari Malaysia-

hai...

hari ni cuti...

-SELAMAT HARI MALAYSIA-


cuti hari malaysia...semperna pertubuhan malaysia...

p/s : dah cuti..apa lagi pegi jalan raya la...


Terima Kasih, sebab baca (:

Wednesday, September 15, 2010

Facebook...

Tahu tak kamu...

hihihihi..tak tak tak..ni bukan nak kasi tip ke apa..saja nak kasi gempak sikit...

Gembira betul...lisa terjumpa balik kawan lama lisa..kawan baik masa sekolah rendah sampai sekolah menengah rendah(menengah tinggi tak coz dah tinggi diri)...kawan zaman kanak-kanak..zaman tak kenal sedih..yang tahu gelak je..nak nangis pon gelak..konon konon..kamu ada untuk saya..apakah..tapi serius dulu time tengah lepak lepak siap buat janji...bulan dan bintang jadi saksi persahabatan kita (betul tak tipu)..pegi sekolah sama balik sama...tapi dah sampai rumah pon still lagi bergayut telephone( dulu xde h/p pakai telepon rumah)..sampai mak naik pelik..24jam ngan kawan baik..

Tup tup...lost contact...time masuk tingkatan 4 & 5 dah tak ngam sebab dah lain kelas...dah abis sekolah rapat balik( zaman kolej) lepas 2 keje, lisa pindah KL...

Dah dok KL taw je lah..dah jadi orang KL..saya orang KL apa cer nak kawan dengan orang kampung kan..

-tak tak saya bukan orang yang sebegitu-

Lepas tu langsung tak jumpa dah...call pon dah tak..sebab no phone dia hilang..lisa suka tukar tukar no tel..biasalah putus cinta je tukar no,nak wat cam ne kata terkecewa kan...

Balik balik bukan terserempak kat shopping complex ke kat pasar malam ke apa..tapi terserempak kat facebook..betullah terserempak..dok jalan2 makan angin kat facebook tibe tibe terjumpe..terkejut gila...moden jugak kawan aku ni, ada fb...=)

Bagus jugak ada facebook ni kan..dapat cari kawan kawan lama...walaupun tak dapat jumpa muka ke muka(face to face) tapi tetap sentap...tetap jerit sampai lompat lompat.

Sebab jumpe dekat facebook je..so tak ada gambar nak tepek..tapi..manalah tahu kalau kalau terjumpa secara langsung(live). nanti lisa tepek kat belog eh...

-MISS YOU FRIEND-


Terima Kasih, sebab baca (:

Carrot Cheesecake

ok...

hari ni nak buat kek keju lobak (carrot Cheesecake). tp tak buat lagi baru rancang...resipi dah cari..walaupun dah 2-3 kali buat tp setiap kali buat pon mesti tengok resipi..biasalah takut pulak nak buat carrot cheesecake terjadik air carrot susu kurang manis...

Bahan bahan dah beli..ketuhar dah panaskan..tak la..tak kan awal awal lagi dah panaskan ketuhar..karang tak jadi buat tak ke kecewa ketuhar saya tu...

Nak tengok gambar?memang lah nak tengok gambar..tak ada gambar tak syok...nak tengok gambar boleh tapi nanti lah ye..xbuat lagi pon..apa jadah nya...baru rancang dah ada gambar bagai...nanti dah siap lisa tepek...kalau nak resipi lisa boleh kasi sekarang sebab yang ada pon resipi je...

Cheesecake yang kitorng buat ni pasti sedap sebab kitorng memang suka lebih2 nie...paling suka lebihkan cheese..mmg terangkat..kalah secret recipe tau..

p/s : kitaorang merujuk kepada ramai orang ye..melebihi 2 orang...maknanya bukan lisa yang akan buat tapi kitaorang..jangan berangan sangat yang lisa akan buat sesorang..tak akan ye...hihihi



Terima Kasih, sebab baca (:

Danish Haikal my Love..


Semalam bawak danish haikal a.k.a syawal pg main bowling...sebuk sangat mgajak..coz masa hari raya ke3 die xdapat join, balik umah nenek dia..

Tengok 2...suke betul main bowling c gemuk nie..kitorng siap kasi die main sesorng 1 link...xde sape kacau..tp yg geram nye..kiteorng main 2 game je..dia siap main sampai 4 game..dah 2 dia 1 link sorang kitorng nie 1 link sampai 4 orng..dia dah siap 1 game kitorng setengah pon xabis main lagi...

lepas 2 dia agak masuk tempat game plak..klw bawak dia bjalan mmg wajib masuk tempat2 mcm nie..klw tak muncung dia sejengkal..layan kan je...yg xtahannye duit kitorng..datang bawak rm100 balik tinggal rm1..2 pon slamat tinggal 1..klw x..sedih kami...

dah sampai rumah tanya dia..

cik muda : awal..best x ari nie...

c gemuk : oo..best gile...!!!!!!!!!

kami <>kopak duit den..




Terima Kasih, sebab baca (:

Kau ilham ku..

Beribu bintang di langit kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rambulan mengambang kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah

Sedetik wajahmu muncul dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang ataupun rambulan
Terima kasih ku ucapkan

Izinkan ku mencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah ohhh....
Andai lagu ini mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah ohhh...
Sekadar memori kita di arena ini
Kau ilham ku ....

p/s : harap semangat yg diberikan memberi sinar hidup yg terang...


xoxo


Terima Kasih, sebab baca (:

Monday, September 13, 2010

Cerpen Bergambar

Salam...

Haih..msk blog mana2 pon asik cite pasal raya..klw xcite pasal raya mesti cite pasal Sosilawati mati kena bunuh..ari nie msk opiz pon cite pasal raya n Sosilawati...aih..

So blog nie pon xketinggalan..tp xmo lah cite pasal Sosilawati...takut salah cerita plak...kang berdosa msk neraka...xmo xmo....

Jom kita start cerita...




Tema tahun nie merah, ungu, kuning, biru dll...senang cite satu MALAYSIA..klw datng umah, mmg pening..mcm2 colur pon ada...mmg dah rancang nak wat seme colour..biar nampak sikit 1 Malaysia..




Nie aktiviti sebelum makan n sesi bermaaf maafan...dah siap makan n sesi bermaaf maafan...makeup dah xcantik...huhuhuhu..biasalah klw time salam2 2 mmg air mata cepat je nak kuar...tp jgn salah faham..nangis bukan sebab banyak dosa taw..tp sebak kot...kata raya..klw raya xnangis bukan braya nama nya...(abaikan mmg bukan teori yg boleh dguna pakai)...



Nie time raya ke-2...mmg xdibuat org..raya raya pg terjun sungai...anak sapa la nie..siap kebas makanan kat umah bawak pegi...selamat kiteorg xbwk ketupat, rendang n balang kuih..klw x..mmg betul2 braya kat ulu yam gamaknye...yg sempat kitorg kebas mihon goreng ngan ayam goreng je...tp mmg syok kot...dapat port best punye...



Nie aktiviti hari raya ke3..pegi main bowling..bosan kot dok umah je..ape lagi..fikir punye fikir..siap siap..pg main bowling...nie yg best time raya nie taw..KL mmg xde org..nak pg mana2 pon boleh main redah je..xyah fikir2..ramai org ke? ada parking ke x?..tengok time raya..bowling center pon rasa cam mak apak kiteorng yg punye...tp kitorng bukan lah pro pun amatur sahaja...main baling aje..janji xmasuk longkang..klw masuk longkang..mmg kene booooooo...malu kot...



Mentang2lah..bowling center nie xde org..ape lagi bergambow le...



Dah puas main bowling..kitorng pg karaoke plak..test suare...maaf ye, pic nampak gelap je..nak wat cam ne..kate karaoke..klw terang xde feel..feel xsampai..klw nak usha gak p ambik touch light suluh ramai2..lagu pilihan..lagu yg bertone tinggi je..takat lagu yg leleh2 2 kitorng xlayan..suke yg pecah2 tekak..yg sampai xcukup napas..sampai merah2 muke, yg 2 suke...suke suke suke...

Ok dah..aktiviti hari raya ke4...kat opiz..ape lagi keje lah...



Terima Kasih, sebab baca (:

Sunday, September 12, 2010

Kenapa ye!!!!

Salam...

Situasi di ruang tamu, berkumpul beramai2...sambil layan facebook...


Si dara : eh nie sape nie ek..mcm penah tengok...

Si Dara Cantik : Nie kan si ******, xingat ke...geng kite time sekolah dulu...ala yang pakai tudung senget2 2...

Si Dara : o...yang pakai baju kadang2 xgosok tu kan...(Klw bab menambah2 mmg Si dara no 1)

Si dara cantik : ye la..ya 2 la...

Si dara : eh asal pakwe die handsome sangat nih...dah mcm fahrin ahmad dah...

Si dara cantik : mana2 (sound si dara cantik xpuas hati)

Si dara : ni ha...

Si dara cantik : aah la...

KEADAAN SENYAP SEKEJAP....

KEMUDIAN...

Si dara : betul la kan org cakap..klw awek 2 xcantik, nanti dapat pakwe mesti handsome...

Si Dara Cantik : abis 2 nanti sy dapat pakwe xhandsome lah!!!!!!!!!!

Si dara : MOTIF....?

p/s : betul ke?????

Terima Kasih, sebab baca (:

Saturday, September 11, 2010

Hari Raya Kedua

salam..

Hari raya kedua...

ceh..dah macam nak tulis dairi rasenye..hari nie dah hari raya ke2..agak best gak..coz ari nie kitorang pg mandi air terjun...kan lisa dah cakap tahun nie tak rasa cam hari raya pon..rasa cam cuti je...best.....................xramai org...ye lah xdi buat org hari raya pg mandi sungai...kiteorg pg mandi kat ulu yam..gile sejuk air nye...

Nanti lisa upload pic...buat masa sekarang xleh upload..internet lem..

Penat gak...nie baru je balik...kitorng balik pon sebab nak ujan..klaw tak..jangan harap kiteorng nak balik...best main air...tapi peha lisa sakit..lebam..td time nak tunjuk skill tibe2 terkene buluh..baik punye buluh 2 tercacak kat tengah2 sungai 2...bukan buluh yg besar 2..klw yg besar xlah sakit sangat kot..nie yg dah terbelah 2...kalau kuat sikit mesti dah tercucuk buluh 2 kat peha lisa...sile bayangkan..memang ngeri...bayangkan cepat...saya paksa nie...bayangkan!!!!!

Esok kiteorng nak bakar satay palak...bestnye..dah lama xmakan satay ni...

p/s : tibe2 lisa bayangkan klw beraya ngan kekasih (skema)....mesti bestkan...mungkin jugak lisa xde kekasih..so raya tahun nie xberape syok...agaknye lah...=)




Terima Kasih, sebab baca (:

Friday, September 10, 2010

Hari Raya Pertama

Hai....

Macam mana hari pertama raya kamu semua...?lisa macam biasa...dah petang ckit..dah boring..raya kat selayang je...biasalah org selayang seme balik kampung..kitorng yg xde kampong nie..stay jelah kat cni...selayang senyap sunyi pagi raya...yg ada pon pendatang..so kami yang tinggal ni raya ngan pendatang je lah..=)

Time pagi raya..sebelum sesi bermaaf maafan...ada sesi bergambar ckit...dah cantik2 ape lagi snaplah pic sekeping 2...tapi...xboleh upload pic lah plak...ada problem...biasalah klw pakai brodband kan..lem...nanti ada time lisa upload...

Tadi petang ingatkan nak kuar pg tengok wayang or main boling..tapi xjadi...masing2 malas...coz feel boring dah meresap and...ape yang kiteorng buat ari nie tengok tivi je..2 pon..cam xde cite yang best2..


p/s : td ada budak2 datang beraya..nak taw apa kiteorng buat..kiteorng seme buat2 tido...so budak2 2 pon bla...hahahha..







Terima Kasih, sebab baca (:

Selamat hari raya

Salam....


SELAMAT HARI RAYA



Hari raya pertama xboleh update blog panjang2..ada aktiviti...ape lagi..aktiviti makan sampai kenyang...balas dendam kot...

ok bye..nak sambung makan lagi...nanti mlm update lagi kot...



Terima Kasih, sebab baca (:

Wednesday, September 8, 2010

Malam di Jalan TAR

Salam...

Selamat tengah hari...esok dah nak cuti raya..tp tahun ni cuti raya tak lama pon...hari isnin dah kene naik keje balik..ni la akibatnya..padan dengan muka kami semua..orang lain beraya syok punya..kami kene keje..GERAM..opsttt..bukan geram dgn BOS taw..BOS saya baik..tp geram dengan budak2 nie..

Pagi tadi ada sorang bdk kat ofiz nie kene tengking ngan lisa...kan......rasa in... org tengah bad mood nie..lagi nak tanye banyak2 kali..time org cakap xmo dengar..dok sumbat telinga 2 dengan earphone...

Sebenarnya lisa bad mood...bukan sebab cuti je..tp ada sebab lain..sebabnya.....................


SAYA NGANTOK!!!!!!!!!!!!!!!!


ye..saya ngantok tahap max...rasa dah nak bertukar jadi alien ni...mata dah rasa mcm tersembul dah...ni akibat lisa dah melangar syarat rutin harian....haih...lisa kalau tak cukup tido mmg xde mood...

Malam tadi pg jalan TAR..dari kol 12-4am...hadoi ai..punye lah ramai org...punye lah banyak bende yang ada kat c2...tp lastly xbeli apa pon...along lisa je beli baju kurung untuk nenek...lisa ingat nak cari jubah satu..tp haram, satu pon xbeli..tak pg belek pon..tengok dari jauh je...tibe2 malam tadi mood nak bershopping xde...pg sana jaln2 cuci mata je..kalau lah taw xnak beli apa2..baiklah lisa tido je kat umah..memenuhi tuntutan harian...tengok akibatnya..hari nie lisa mengantok tahap xhingatnye...



-minah nie xpe..dia dah start cuti dah-

Tapikan lisa rasa semalam xramai sangat org kat Jalan TAR..kalau mcm tahun2 sudah ambik kau..nak jalan pon susah...siap kene tunggu turn nak jalan...macam ada trafic light 2...tahun ni, tengok minah kat atas 2 sempat lagi behenti n peace coz xde org nak langgar..


p/s : semalam balik umah, langsir dah pasang...dah rasa dah aura nak raya sikit...



Terima Kasih, sebab baca (:

Tuesday, September 7, 2010

Semangat raya yang hilang

Salam...


Dah petang ni..tengah fikir nak berbuka ape ari nie..semalam dengar2 mcm ade org kat umah 2 nak buat ikan stim taucu..sedap juga 2. Dah lama xmakan ikan stim taucu..xsabar dah nie..kalu xjadik buat perasaan akan kecundang...haih..akan ku kerah jugak..

Semangat berpuasa ada sikit...semangat berbuka puasa banyak..hahahaha..biasa lah kalau bab makan memang no 1...

TAPI

bukan sapi




Semangat nak raya tak ada..bukan xde sikit..tp xde langsung...tak tahu la kenapa..mungkin dah semakin dewasa ni..DEWASA ye..bukan dah tua..semakin tak ada semangat langsung nak braya..dah dengar lagu raya sambil buat kuih raya pon still x rase ape2..yang rase teringin nak makan je..hahaha..menang xingat ape dah, ingat makan je....


Macam mana nak carik balik feel nak beraya nie..xpe kita tunggu je malam raya..mana lah taw..mlm raya time dah dengar takbir raya baru semangat raya datang balik kan...

Rindu time raya masa sekolah dulu...raya ngan adik2 ngan mak abah...siapkan adik pakai baju melayu, songkok, sampin, kasut raya...sekarang dah xleh siapkan dah..masing2 dah besar...

p/s : doakan mak n adik2 selamat sampai malam raya nanti..xsabar nak jumpa mak n adik2..




Dah Nak Raye Ke?


Terima Kasih, sebab baca (:

-kerinduan-


RINDU

sama DIA...




tak tahu kenapa dua 3 hari nie asik teringat DIA..


Sejak lisa mimpi DIA ari tu..Sebelum tidur mesti berharap DIA muncul lagi dalam mimpi lisa..

Sekali 2 lisa mimpi DIA tengok lisa dari jauh..DIA mcm nak tegur tp...........................







Terima Kasih, sebab baca (:

Monday, September 6, 2010

Kad Raya

Salam...

Lagi beberape hari nak raya dah nie...

Nah ambik kad raya nie...simpan taw...kalau rajin ambiklah post kat blog kamu...





-untuk rakan2 sekolah& kolej lisa dah pos dah kad raya.. tunggu taw..lambat sikit nak pos, bz katekan....mase sekolah dulu meriah tol nak raya..siap ade tukar2 kat raya lagi...dah dapat gantung kat dinding..nanti dah dapat kat raya dari kami jangan lupe gantung kat dinding rumah taw..tak pon gantung kat pokok bunga ...kan kite slalu buat time sekolah dulu...=)

- Untuk member2 online..ambiklah kad raya nie...buat gantung kat blog kamu pulak...jangan malu nak ambik taw...ikhlas ni...


Yang Ikhlas ^_^ :


Terima Kasih, sebab baca (:

Mood Raya.

Salam semua...

Nak raye dah....

Tapi mood raye xde...yg ade mood buat kuih raye je...setakat malam td dah 11 jenis kuih raye dah buat...sebab 2lah blog nih xterupdate..mlm buat kuih raye siang dah ngantok..so jangan haraplah lisa nak update..

Bulan ramadhan nie rase macam cepat je..tp still ade dugaan yg cukup besar tok lisa tahun nie..nak cite panjang2 kat cni pon xboleh..coz blog nie rakan2 terdekat lisa bace...mcm xmanis nak cite kat cnie..takut ade yg terase dgn entry nie...tp kes nie insyaallah dah settle kot..harap xde perkara yang berbangkit..kalau timbul lagi kes nie..tahu lah pihak polis nak settelkan...memang pon ni dah jadi kes polis...lisa sendiri pon takut nak report polis tapi itu je jalan terbaik kami boleh buat...

p/s : cam ne nak raye nie baju raye xde lagi...=(

Nak Raya :


Terima Kasih, sebab baca (:

Urban Vibe Online Contest

Jom Join URBAN VIBE ONLINE CONTEST...

KLIK sini....

HADIAH MENARIK PULAK 2...

1) Pertandingan terbuka kepada bakal pengantin Seluruh Semenanjung Malaysia yang berumur 20 tahun ke atas sahaja. Tidak di benarkan mewakili mana-mana pihak untuk menyertai pertandingan ini.


2) Peserta hendaklah mempunyai BLOG dan HENDAKLAH MENJADI FOLLOWER http://www.pameran-pengantin-malaysia.blogspot.com/ / dan add kami di Facebook Pameran Pengantin Malaysia.


3) Entri hendaklah bertajuk 'URBAN VIBE ONLINE CONTEST'.


4) Sila letak banner badge rasmi pertandingan ini di atas blog atau side bar blog anda dan juga dalam entri pertandingan. Dan sila linkkan ke blog PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA.


5) Buat satu ESEI (tidak kurang dari 200 patah perkataan) yang bertajuk :
Pameran Pengantin Malaysia ; Pilihan Utama Bakal Pengantin.


6) Namakan penganjur Pameran Pengantin Malaysia dan di manakah lokasi & tarikh Pameran Pengantin Malaysia seterusnya.


7) Letakkan LOGO penganjur & LOGO rasmi Pameran Pengantin Malaysia.


9) Letakkan gambar 'Candid Tercomel' anda & pasangan anda. (Hanya dibenarkan meletak sekeping gambar, dan pastikan gambar anda berdua sopan dan tidak menyinggung mana-mana pihak).


10) Hadiah boleh di guna sepanjang tahun 2010 sehingga 31 MEI 2011 (TERTAKLUK KEPADA KEKOSONGAN TARIKH, TERUTAMANYA HADIAH BAJU SANDING).



11) Selesai semuanya, TINGGALKAN KOMEN pada ENTRI INI SAHAJA. InsyaAllah pihak kami akan menjengukkan diri ke blog anda. Yang tak tinggal jejak, tidak akan di layan.


Semua keputusan adalah MUKTAMAD. Sebarang email pujuk rayu tidak akan di layan. Tarikh tutup penyertaan adalah sehingga 27 September 2010 sebelum 12 tengah malam.



HADIAH-HADIAHNYA BERUPA:



TEMPAT PERTAMA : Wang Tunai berjumlah RM200.00
Sepasang Baju Sanding (Lace) (Lelaki + Perempuan)
Custom Album
Sijil Penyertaan

TEMPAT KEDUA : Wang Tunai berjumlah RM100.00
Sepasang Baju Songket Bunga Tabur (Lelaki + Perempuan)
Custom Album
Sijil Penyertaan

TEMPAT KETIGA : Wang Tunai berjumlah RM50.00
Custom Album
Sijil Penyertaan


*Semuanya tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu. Kami berhak menarik balik hadiah yang di menangi jika terdapat sebarang percanggahan tarikh, tiada persetujuan untuk additional cost (refundable security deposit untuk baju sanding lace mahupun songket).Semua hadiah tidak boleh ditukar nilai wang Ringgit atau di tukar dengan barangan lain.

Nak tahu lebih lanjut klik kat cni....PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA...
Terima Kasih, sebab baca (: