Followers

Sunday, December 25, 2011

Jubli Perak sudah..

Assalamualaikum... 

Haaa..sorry semalam keluparan nak menaip entry..biasalah umur dah semakin banyak ni kan..ok fine sekarang saya dah dapat jubli perak..hahaha...
Alhamdullilah..hari ini umur lisa genap 25 tahun 1 hari..fuih..tapi hakikatnya lagi beberape hari je umur dah jadi 26 tahun..kalau pandai matematik korang fahamlah kot ayat ni..kalau tak faham maknanya korang tak.............(isi sendiri, klu dah ada). 

ok..kalau ada yang tuntut nak tahu apa yg korang baca di entry yg lepas.. 

Dalam entry ni ada jawapan nya....dah klik..kalau dah klik sebenarnya jawapan nya salah..mana ada lah..gurau je..saje nak suruh korang klik klik..masih dalam angan itu barang..tak ada rezekilah kot..sebab sekarang ni kan tengah fofular dengan samsung galaxy tab kan..so lisa pun tergile gilekan galaxy tab pulak dah..tp tetap rasa mcm jelez kalau nampak org pakai ipad2..

Nah ni jawapannya, malas nak taip panjang panjang..lagi panjang lagi lah korang tak faham nanti apa yang lisa bebelkan..










 hadiah bday kami...
GALAXY TAB 10.1
(Kongsi sehingga hujung bulan ni..)
;p

ok bye, nak sambung makan prosperity burger pulak..


Terima Kasih, sebab baca (:

Saturday, December 17, 2011

hadiah hari jadi ke-25 tahun..

Assalamualaikum.. 

Hello, halo, hai, hola, marhaban, O he, Nín hǎo, ahoj, Namastē, Kon'nichiwa, annyeonghaseyo.. 

Haaa..semua ada..Internationale betol lah..haha.. 

SABTU..hoye..jom merayau..xkan dok mengadap laptop aje..jom lah pergi jalan jalan ke, tengok ombak rindu ke..baru lah remaja..kahkah..sebenarnya ayat kat atas ni bukan utk sesiapa pun, untuk diri sendiri je..tapi nak buat macam mana..kene kerja..geng nak merayau dah tak ada..so baik den keje dari dok kat rumah buat taik mata..dapat jugak duit kan.. 

Macam mana sabtu korang mesti best kan..jelez dgn korang.. 


Eh, jap kembali ke tajuk asal..hahaha*gelak jahat* 

Bday lisa dah nak dekat..dah tak lama dah minggu depan je lagi..24 DEC 2012 insyaAllah genap umur lisa n kembar 25 Tahun. 

Nak tahu tak bday minggu depan tapi lisa dah dapat dah hadiah bday sebulan dah..cam ne..ini semua sebab tak sabar nak 'benda' ni..so terpaksa diawalkan pembelian 'bende' ni..haha..tapi 24 hari bulan nantilah lisa cite kat korang hadiah bday lisa tahun ni ape ye..kalau nak tahu hadiah bday mmg lisa beli sendiri..sebab nak tunggu org belikan mmg tak kan dapat lah kan..:) dan kalau ikutkan hadiah ni lisa n kembar lisa kongsi je..tapi..kembar lisa cam tak puas hati kene kongsi..yelah setakat sebulan lisa dapat bende ni..90% adalah dikuasai oleh lisa..kembar lisa jarang dapat pakai bende ni..so die dah berangan rangan nak beli hadiah bday die sendiri..tapi tulah die nak beli IPHONE 4s..amboi sangat tinggi angan angan beliau..haha..kalau die dapat IPHONE 4s jelez lah lisa..Makan hati saya beb. 





                      








                 

Terliur tak tgk si S ni..?


Kepada kawan kawan..jangan lupa belikan hadiah yg best best tau minggu depan. utk bday lisa.hadiah best barulah kawan sejati, kalau tak best, xnak lah kawan..eh, tak lah..gurau je..lisa tak kesah pun tak dapat hadiah..janji org ingat kat kite..dah cukup manis buat lisa..olo olo, comel je ckp mcm ni kan..haha



Terima Kasih, sebab baca (:

Friday, December 16, 2011

Tazkirah Jumaat : Kelebihan Ayat Kursi

Assalamualaikum.. 

Nabi saw. bersabda, "Apabila kamu masuk ke tempat tidurmu, maka bacalah ayat Kursi 'Allahu La Ilaha Illa Huwal Hayyul Qayyum', sehingga habis ayat ini. Maka sesungguhnya, akan sentiasa ada penjaga dari Allah untuk kamu dan syaitan tidak akan dapat mendekati kamu sehingga pagi". (HR Bukhari) 

Nabi saw. bersabda, "Sesiapa membaca ayat kursi setelah setiap solat fardu, tidak ada yang menghalangnya dari masuk syurga selain kematian." (HR ath-Thabrani no.7532 disahihkan oleh al-Albani) 


Terjemahan : Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekelian makhlukNya. Yang tidak mengantukdan tidak tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi pertolongan melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya). (al-Baqarah ayat 255) 


Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w.. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya b ahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kita b "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang mem \bacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang di baca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan zahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.


Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak
menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sem bahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Mala ikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa mem baca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Dari Abdullah bbin ' Amr r. a... , Rasullullah s.. a. w. b ersabda,

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."
**Hasil carian Goggle**


Terima Kasih, sebab baca (:

Thursday, December 15, 2011

Universal Studio Singapore Trip


Assalamualaikum!!

Selamat petang khamis semua..hihihi..ucapan mcm ni pun ado gak..belasah jelah hok..

Salam selasa semua..semalam ingatkan nak update blog..tapi tak sempat nak merajinkan diri..semalam kepenatan mengemas bilik..almaklumlah dah seminggu pindah bilik. baru semalam sempat nak kemas baju-baju yg bertimbun tu..***ini adalah entry didalam draf**


Minggu lepas tak sempat nak berkemas sebab pergi merayau..nak tahu tak kita org pergi merayau kat mane..kitaorang pergi UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE..eam nak pergi jauh jauh mmg tak mampulah..dapat pergi Singapore pun dah cukup bertuah tahu..hihihi..

Ni semua trip yg xpayah nak rancang lama lama..dua tiga hari je rancang terus je pergi..biasalah kalau rancang lama lama ni selalunya tak jadi kan..Jom layan gambar..




Bersiap nak pergi!!!


Dah sampai..excited giloz..

































Tak beli pon..ambik gambar lepas tu letak balik..:P





























  




Shrek 4D..gile kentang..

Kelakar pulak speck die..



Transformers..bertukar!!
















tak faham kenapa kene buat mcm ni depan pintu tu..

































 seronok sangat dapat jumpe alex..i like to move it move it!
Ogre!!!! 

Sebenarnya xnak makan tapi TERPAKSA sebab ada org tu buat-buat nak pitam bagai..so TERPAKSA..

































Terbang!!







Terbang lagi!!

k dah..panjang sangat pulak entry ni..sebab banyak sangat gambar..kalau nak tgk lagi sila lah pergi FB lisa..tu pun kalau korang boleh tembos lah..biasalah fb artis so kene block lah segala..hahaha..

Eh lupe nak bagi tahu..pergi USS kalau tak naik transformers mmg rugi gile..sebab ianya mmg osem..tak tipu wei..ini serius..nampak tak muka serius saya!!



Terima Kasih, sebab baca (:

Wednesday, December 14, 2011

shoutbox mana..

Assalamualaikum...

Eam..hari rabu dah hari nih kan..so, selamat hari rabu semua..:-)

macam mane ni ek, shoutbox dah tak boleh pakai..kena bayar lah pulak kan..haih..kecewa saya. Ada ke chat box yg lain selain shoutbox ni ye..susah lah sekarang nak beramah mesra dengan kawan2 blog semuakan..
K bye,,,

Terima Kasih, sebab baca (:

Friday, December 9, 2011

::Semangat!!::

Assalamualaikum!!!

Selamat pagi!!
Apa kabar!!

Sehat ke??

Lama tak dengar cite korang ye..hahaha..

sebenarnya lisa bukan menjerit tau, jangan salah faham pulak..tapi lisa bersemangat ni..semangat nak update blog..tuan blog asik hilang je kan..nak buat mcm mana banyak tanggungjawab nak kene dibuat..masa sangat sangat tak ada nak update blog..lisa rasa ni lah paling lama lisa menghilangkan diri..banyak cerita nak update ni..tapi tak tahu nak cite ke tak..nantilah lisa pilih ye..mana mana yg sesuai untuk tayangan umum..hihihi..

Ada ke yang rindu dengan Tuan blog yang comel ni a.k.a LISA..ok sangat tak sedar diri..nak tunggu org rindu..mmg tak lah kan..;p

Lisa semangat ni..rindu sangat nak berblogging semula..lepas ni lisa akan cuba untuk update selalu..

ok lah nanti lisa update lagi..nak blog walking kejap..lepas tu nak edit gambar..;)

BYE!!!

Terima Kasih, sebab baca (:

Saturday, October 22, 2011

Sakit Mata ku

Assalamualaikum!! Saya sakit mata!! Mata saya pedih sangat!!

Terima Kasih, sebab baca (:

Thursday, October 6, 2011

Hilang saya ada banyak sebab....

Assalamualaikum... 

Sunyi jekan blog ni dah lame tak ber update, tuan blog pun dah lame tak ber blogwalking..biasalah blog ni kalau tak berupdate mane ada org nak datang jenguk, nak nak kalau tuan nye tak berblogwalking..memang lagilah tak ada sesiapa nak datang singgah kan..ye lah sapelah kite nikan..eam..sedih rasenye..
hahaha..sebenarnya tak delah sedih sangat sebab lisa sedar, blog ni bukan ade pekdahnya kan..;)

Nak tahu tak..? eh, kalau xnak tahu pun kene buat tahu jugak..INI PAKSAAN..hahaha..Kejikan perangai..

Sebenarnya, dua tiga hari ni lisa punye email yahoo n gmail kene virus ke ape kebendenya pun lisa tak tahu, dok menghantar email spam..geram betul..kalau ade yang perasan, kalau ade lah kan..hahaha..seminggu kot dekat blog ni ada entry yg tah ape-ape tah..Dan sebenarnya lisa pun tak perasan, ada entry tah ape ape kat blog lisa almaklumlah dah lame tak beronline..yang lisa dapat tahu pun sebab member lisa bagi tahu..sebab dia pelik nape lisa update benda benda mcm tu....lisa ingat email je yg kene, rupenya blogger pun same..Lepas tu pagi tadi dapat email dari geng 100penulis..dia bagi tahu lagi pasal email spam ni..lisa pun rase cam OMG, ape aku dah buat ni..rase bersalah sangat sebab mcm dah susahkan rmai org kan...*buat muke sedih, sambil kelip kelip kan mate*

Terus tukar password atas cadangan geng 100penulis..hahaha..lepas ni kalau jadi lagi tahu lah lisa nak buat ape dgn virus tu..Siap lah..INI AMARAN KERAS..

Wah gitu, mcm lah tahu nak buat ape..0_*

Ok lah, malas pulak nak sambung membebel kat sini..sakit kepale pulak..ni pun salah satu sebab kenapa dah lama tak update blog, sejak kebelakangan ni asik sakit kepala je..hilang mood tau..

BYE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Terima Kasih, sebab baca (:

Tuesday, September 20, 2011

Menambah lemak di Wendy's

Assalamualaikum... 

Hari ahad lepas kitaorg melepak kan diri kat time's Square..dah lame rasanye tak pergi tgk wayang..so kitaorng pergi tgk cite Final Destination 5..tgk 3D, ambik kau..tak duduk diam kat kerusi tu..boleh kene serangan jantung lisa rasa kalau tgk selalu..yang tak tahan nya siap mengelak tu time ada aksi aksi yang rasa mcm nak keluar dari screen tu..sangat kampung..hahaha..

Sebelum msk wayang kitaorg pergi makan dulu, kelaparan sangat..kitorg pergi try makan kat Wendy's.. 1st time tergerak nak mkn kat Wendy's ni, sebab sebelum ni rasa cam was was je dgn kehalalan kedai ni..hihhi..kejiz kan perangai kitorg..
Menu xbanyak sangat, mcm biasa lah fast food..burger dan kentang yg wajib..bagi lisa sedap jugak Wendy's ni..

 untuk penambahan kebulatan muka saya..

kentang ape?
Kentang kat atas ni, antara kelainan kat Wendy's ni..Rase die mcm tradisional sikit, sebab masa kecik kecik lisa n adik adik suka bakar kentang mcm ni..tapi tak lah letak cheese mcm ni..over taw..dulu kitaorg selalu bakar kentang, tanam dalam tanah taw..ada sape2 penah buat..sangat tradisional, ni nenek lisa yg ajar..

Ok lah, malas nak cite panjang panjang sebab nak pergi makan jap..lapar pulak tgk Burger ni..
BYE!!!!!!!!!!!

XOXO



Terima Kasih, sebab baca (:

Sunday, September 18, 2011

Mision Membuat Apam polkadot

Assalamualaikum!!!!!!

Ini Aktiviti lisa dan kembar lisa hari sabtu lepas, tiba tiba rasa cam comelnye apam ni dan berazam membuat sendiri.. Kami pun pergi dapur dan mencari bahan bahan yang nak pakai, yang tak ada pergi beli..dah siap bahan bahan dengan semangatnya kami pun buatlah secara berdua duaan didapur secara tekun..tapi sebenarnya takut tak jadi..ye lah 1st time buat..

Korang rasa jadi ke tak..jangan gelak ye..untuk percubaan pertama org cakap boleh diterima sebab rasa nya sedap dan sangat lembut..
macam macam bentuk kitaorg buat..


Senyum!!!!

Sebelum masuk kan apam kami kedalam  tempat kukus kami semangat ni..confirm jadi katanya..sekali bukak je tutup kukus tu, punye lah sakit perut kitaorg gelak sampai berair mata tau..sangatlah gebu macam tuan yang buat jugak..

Ok sebenarnya misi kitaorg tak berjaya..tahukah anda yg apam kami ni telah mengembang dengan jayanya dan telah bercamtum sesame mereka kat dalam pengukus itu..

Malu nak tunjuk kat sini..nanti kalau kami buat lagi  dan misi kami berjaya lisa upload kat sini..JANJI..

Malam tu akak ipar sepupu lisa bawak keluar apam kami kasi tetamu makan, kebetulan adik beradik die datang..tahukah anda, apam kami mendapat sambutan yg baik..hahaha..walaupun rupe tak cantik tapi rasa die sedap sangat..;p

***LARI!!!!!!!!!!!!!!**

bye!!!!!!!!!!!!







Terima Kasih, sebab baca (:

Friday, September 16, 2011

I-City Dunia Lampu Lampuan

Assalamualaikum.. 

Seperti biasa mengupdate blog tanpe rasa bersalah setelah agak lama tak mengupdate blog tercinta..ok fine, ketidak update adalah kerana kesebukan yang melanda setelah bercuti raya panjang..lepas ni jangan lah berangan rangan nak cuti panjang bagai..akibatnya adalah sangat sensara sampai nak tido pun mimpi tgh berkerja..sadiz betul..menyesal tak sudah tahu..

Hari ni mesti banyak open house kan..orang kawin?jangan cerita lah..sepanjang jalan kot khemah org kawin dipacak kat area rumah lisa..
Hari tu lisa janji nak update gambar raya kan..tapi sebab macam dah tak sempat je, lisa cerita kesah kitaorg berjalan raya jelah..haha..sebab kami ni tak ramai sedare so kami telah berjalan merata rata ok..lebih kurang mcm makan angin lah jugak kan..

malam raya kedua kami pergi putrajaya..motif nak tengok bangunan bangunan je..hihihi..nak tahu tak..musim cuti putrajaya memang scary ok..ape taknye..sunyi sepi..tak banyak kereta n makhluk pun..tapi gambar kat putrajaya tak ada pulak kat lisa, gambar semua kat kamera sepupu..

Lepas pergi putrajaya kitaorg pergi Shah Alam pulak..kitaorg pergi I-City ye..1st time lisa pergi. I-City ni...sangat seronok..ade ke yg tak tahu apa ada kat I-City tu..kalau ada yang tak tahu pergi google..CEPAT!!!

Ini lah I-City!!!!

 
 I-City Dunia Lampu Lampuan ye tuan tuan dan puan puan..

 Dia dan Ruse
Lama jugak kitaorg kat sana..sampai pukul 3 pagi..tapi yg peliknye lagi pagi lagi ramai orang..sampai berasak asak..pening kepale tau..

Best taw I-City ni..seronok lepak lepak tgk lampu lampu yg berwarna warni..sape yang tak pergi lagi..sila lah..haha..amboi siap jadi promoter I-City nih..


Terima Kasih, sebab baca (:

Wednesday, September 7, 2011

Entry Ini tidak bertajuk..harap maklum..

Assalamualikum...

Waduh lama sangat kot tak update blog..ingatkan nak genapkan sebulan tapi tak apalah kita kasi discount..hihihi..Ketidak update adalah sebab sangat sebuk berpuasa..jangan salah faham ye..betul sebuk sangat puasa sampai tak larat nak mengadap blog dan berblogwalking..bulan buasa menjadi bulan yg sangat pasif..kalau nak di ingatkan semula, sepanjang bulan puasa yang lepas lisa rasa banyak je aktiviti yang lisa buat tapi semuanya dalam kategori indoor..faham kan..

Eh, lupa pulak lisa nak buat ucapan raya..almaklumlah entry pertama sepanjang bulan beraya nikan..

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

maaf ye kalau ada tersalah bahasa ke salah laku ke..^_^"
 Raya tahun ni macam biasalah beraya kat sini je..lisa tak balik kampung pun sebab mak lisa datang beraya kat sini..raya kat KL ni yang best nye raya pertama dan kedua tak ada traffic jam nak pergi mana mana pun ok je..tak yah nak fikir traffic jam ke ape ke..siap boleh buat driff tu kat jalan kuching..hihihi..

Ok lah nak sambung buat kerja pulak..nanti lisa update lagi..banyak gambar nak share ngan korang nih...ok fine tiba tiba rasa cam artis..haha..

nah lisa selitkan satu gambar dulu..:)













Selamat hari raya!!!!!!!






Terima Kasih, sebab baca (:

Tuesday, August 16, 2011

Tak Kesah Lah Tak Ada Baju Raya Baru Pun..

Assalamualaikum..

Sihat ke semua..ni dah 16 hari puasa..dah ada ke yg ponteng?haih..harap harap tak adalah kan..puasa kene penuh tau..kalau tak penuh tak boleh raya..tp utk kaum hawa dikecualikan..hihihi..Alhamdulillah..sejak bulan puasa ni banyak yang lisa dah perbaiki..harap harap juga akan berkekalan sampai bile bile..tahniah juga untuk diri sendiri..walupun kadang2 lepas berbuka rasa macam malas sangat nak pergi terawih..tapi sebab dah tanam dalam hati nak terawih penuh tahun ni..kuatkan lah jugak..walaupun dah ada yang rompong..hahaha..halangan yg mmg xboleh dielakkan..

Dah nak raya ni, ramai dok cerita psal baju raya lah, kasut raya lah, dan mcm mcm raya lagi termasuklah biskut raya..percaya atau tidak lisa n kembar lisa still lagi tak buat apa ape..tahun ni perasaan nak raya xmacam tahun yg sudah sudah..tapi baju raya utk adik adik dah siap dah..:)

Untunglah ada org tu raya tahun ni baju raya 5 pasang..


Tak kesah lah tak dapat baju raya baru pun, janji dapat makan rendang n kuah kacang masa pagi raya tu..dan yang penting dapat berkumpul dgn semua ahli keluarga..^_^'

*maaf lah entry ni hanya bebelan kosong yang bermotifkan luahan perasaan..hihihi..



Terima Kasih, sebab baca (:

Wednesday, August 10, 2011

::Widget 100penulis Yang Lebih DINAMIK dan lebih adil::

Assalamualaikum..

Sekarang jarang betul lisa update blog kan..bukan apa puasa kan..eh ape kaitan puasa dengan blog xde kaitan ye..mane ada org ckp puasa xleh update blog..hihihi *gelak tutup mulut dgn tangan sambil tunduk*

Lisa nak bagi tahu td lisa dapat email dari 100penulis..ada widget baru katenye..aik betulkah..terus klik kat 100penulis punye link..(KLIK CTRL + SINI)

Aah betul lah..lagi smart ye..ni antara ayat ayat hasutan dari mereka..hihihi..

Salam sejahtera untuk anda.

Ingat lagi tak dengan widget PING YOUR BLOG dari 100penulis dulu? Sekarang dah diupgrade jadi widget blogwalking. Kali ni lebih simple, tak payah lagi nak ping-ping bagai, just apply untuk masuk dalam senarai dan setiap kali anda update blog, tajuk entri akan dipaparkan secara automatik.

Widget blogwalking ni lebih DINAMIK dan lebih adil. Maksudnya, kalau kita blogwalking guna widget ni, dah tentu akan ke blog yang BARU DIUPDATE. Bukan ke
blog bersawang yang semestinya tak akan membalas kunjungan anda.

Ada 90 lagi tempat kosong dalam widget ini, bloggers yang berminat nak senaraikan blog anda dan mendapat trafik dari widget ini hanya perlu ikut syarat mudah :

1) Grab widget ini dan paparkan di sidebar blog anda. (Klik Grab Widget)
Widget boleh diperolehi dari sidebar 100penulis.com



2) Tulis entri untuk sebarkan berita ini (90 tempat kosong masih menanti)

3) Email kepada 100penulis[at]gmail[dot]com, hantarkan details berikut :
a) tajuk entri dan link entri anda
b) link blog anda

SIMPLE KAN? SELAMAT BERBLOGWALKING! :) 
cer tgk kat bawah kanan page ni..dah ada dah..lisa dah add..hahaha..smart tak..lepas ni boleh lah blogworking n baca entry2 terbaru dari mereka yang hebat..yer dokkk...:)

Ok lah nak update blog yg lagi satu pulak..fening ok..alamak ujan pulak..tido best nih..aik..nak update blog lagi ke nak tido dulu nih..bertambah fening..huhuhu..

ok bye..




Terima Kasih, sebab baca (:

Monday, August 8, 2011

Jalan Jalan Cari Makan

Assalamualaikum...

Sihat ke geng..amboi ada ke geng..hahaha..eheh..lupe pulak bulan puase, bulan puase xboleh gelak besar sangat..kene gelak sopan2 je..macam ni..hihihi *sambil tutup mulut. ^_^'

Ok dah jom kita terus ke tajuk asal..eam..ni last entry utk trip ke Indonesia..banyak dah bosan pulak..ok nak hilangkan bosan meh kita tgk apa yang lisa n kawan2 mkn kat sana..nak tahu tak sepanjang 5 hari kami kat sana adalah dalam 2 kali je kitaorg makan nasi padang..pergi jauh2 makan pun yg ada kat sri gombak ni jugak..balik balik makan KFC, kalau tak KFC makan Pizza Hut..huhuhu..



Masa makan nasi padang

Nama restoran ni Restoran Nasi Padang Sederhana, banyak cawangan restoran ni ok..kalau nak cube bolehlah..kepada mereka mereka yang rasa macam tak lalu nak makan kalau terfikirkan pasal kebersihan boleh cuba restoran ni..bersih..sebab fikiran kitaorg ni suka fikir yg bukan bukan,sebab tu jugak lah kitaorg tak makan sangat kat sana..huhuhu..

Masa kat bandung tak sekali pun kitaorg makan kat luar..sarapan makan kat hotel..lunch cum dinner kitaorng makan kat satu restoran area2 hotel jugak..nama je restoran tapi makan tiptop harga murah..murah sangat..
Restoran kangkung Belacan
Nama restoran kelakar habis..tapi best..harga nya pun murah je..steak kat  restoran ni mmg hilang akal punye harga..semua tak sampai 15 ringgit je..steak kat bawah ni 10 ringgit je..


























beef ape tah dah lupe dah..tapi sedap..

ni pun dah lupe nama die yg kiub putih tu terbaik ye..

penat lah pulak nak bebel panjang panjang..jom lah layan gambar pulak..


























bakso lapangan tembak senayan..terbaik di senayan katanye..no komen sebab 1st time makan bakso..huhuhu

org cakap sedap sedap lah kot..tgk muka kak yana, takut..sebab 1 st time nak mkan bakso..

ok..wajib try kalau pergi Indonesia..jus Aporkat..ye kot..hahaha..lisa dah lupa ejaan die..


Air ni pun wajib try..bagi lisa rasa dia pelik..tapi lame2 layan jugak..Teh botol..mana mana pergi pun ade ni..


ok dah..nanti berbuka masak ape ye..lisa macam terasa nak makan laksa lah..adoi..susah betul nak dapat laksa yg sedap dan memenuhi citarasa..

bye..




Terima Kasih, sebab baca (:

Thursday, August 4, 2011

Jakarta Wedding Fair 2011

Assalamualaikum..

Ok ke puasa setakat 4 hari ni..? jangan ada yang dah ponteng puasa pulak..puasa penuh tau..kalau puasa penuh nanti lisa kasi duit raya..hahaha..setakat 4 hari ni..puasa lisa penuh lagi..:)

Jom kita tgk gambar time lisa kat Jakarta Wedding Fair 2011..kami pergi Jakarta hari tu sebab utamanya nak tgk wedding fair ni lah..gigih tak..hahaha..Jakarta Wedding Fair ni Wedding Fair yg paling besar kat asia tau..kalau korang pergi mmg kagum habis ye dgn cara docoration booth mereka..Lisa masuk masuk hall je dah terasa teruja..sangat teruja ok..sangat kagum dengan kretiviti dorang..kami kat dalam hall dari pukul 12tgh hari sampai pukul 7.00malam..Jakarta Wedding fair ni, 3 kali lebih besar dari pameran pameran yg pernah ada kat KL ni tau..


Jakarta Wedding Fair
Jom tengok antara booth yang ada..

























booth yg paling berkilat sekali


Booth 2 tingkat pun ada


-kami crew urban-

Korang pernah tak pergi pameran pengantin kat area KL ke, tak pun area tempat tempat korang lah..ape korang rase, ok ke tak..apa yang korang nak ada kat pameran pameran pengantin kat Malaysia ni..cer kite kongsi..mane tahu crew-crew urban ni boleh tolong...hihihi..

Kan kat Malaysia ni selalu sangat buat pameran pengantin kan..korang rasa sepanjang yg korang tahu, yang mane yang paling best..:)






Terima Kasih, sebab baca (: