Followers

Tuesday, September 7, 2010

Semangat raya yang hilang

Salam...


Dah petang ni..tengah fikir nak berbuka ape ari nie..semalam dengar2 mcm ade org kat umah 2 nak buat ikan stim taucu..sedap juga 2. Dah lama xmakan ikan stim taucu..xsabar dah nie..kalu xjadik buat perasaan akan kecundang...haih..akan ku kerah jugak..

Semangat berpuasa ada sikit...semangat berbuka puasa banyak..hahahaha..biasa lah kalau bab makan memang no 1...

TAPI

bukan sapi




Semangat nak raya tak ada..bukan xde sikit..tp xde langsung...tak tahu la kenapa..mungkin dah semakin dewasa ni..DEWASA ye..bukan dah tua..semakin tak ada semangat langsung nak braya..dah dengar lagu raya sambil buat kuih raya pon still x rase ape2..yang rase teringin nak makan je..hahaha..menang xingat ape dah, ingat makan je....


Macam mana nak carik balik feel nak beraya nie..xpe kita tunggu je malam raya..mana lah taw..mlm raya time dah dengar takbir raya baru semangat raya datang balik kan...

Rindu time raya masa sekolah dulu...raya ngan adik2 ngan mak abah...siapkan adik pakai baju melayu, songkok, sampin, kasut raya...sekarang dah xleh siapkan dah..masing2 dah besar...

p/s : doakan mak n adik2 selamat sampai malam raya nanti..xsabar nak jumpa mak n adik2..




Dah Nak Raye Ke?


Terima Kasih, sebab baca (:

-kerinduan-


RINDU

sama DIA...




tak tahu kenapa dua 3 hari nie asik teringat DIA..


Sejak lisa mimpi DIA ari tu..Sebelum tidur mesti berharap DIA muncul lagi dalam mimpi lisa..

Sekali 2 lisa mimpi DIA tengok lisa dari jauh..DIA mcm nak tegur tp...........................







Terima Kasih, sebab baca (:

Monday, September 6, 2010

Kad Raya

Salam...

Lagi beberape hari nak raya dah nie...

Nah ambik kad raya nie...simpan taw...kalau rajin ambiklah post kat blog kamu...





-untuk rakan2 sekolah& kolej lisa dah pos dah kad raya.. tunggu taw..lambat sikit nak pos, bz katekan....mase sekolah dulu meriah tol nak raya..siap ade tukar2 kat raya lagi...dah dapat gantung kat dinding..nanti dah dapat kat raya dari kami jangan lupe gantung kat dinding rumah taw..tak pon gantung kat pokok bunga ...kan kite slalu buat time sekolah dulu...=)

- Untuk member2 online..ambiklah kad raya nie...buat gantung kat blog kamu pulak...jangan malu nak ambik taw...ikhlas ni...


Yang Ikhlas ^_^ :


Terima Kasih, sebab baca (:

Mood Raya.

Salam semua...

Nak raye dah....

Tapi mood raye xde...yg ade mood buat kuih raye je...setakat malam td dah 11 jenis kuih raye dah buat...sebab 2lah blog nih xterupdate..mlm buat kuih raye siang dah ngantok..so jangan haraplah lisa nak update..

Bulan ramadhan nie rase macam cepat je..tp still ade dugaan yg cukup besar tok lisa tahun nie..nak cite panjang2 kat cni pon xboleh..coz blog nie rakan2 terdekat lisa bace...mcm xmanis nak cite kat cnie..takut ade yg terase dgn entry nie...tp kes nie insyaallah dah settle kot..harap xde perkara yang berbangkit..kalau timbul lagi kes nie..tahu lah pihak polis nak settelkan...memang pon ni dah jadi kes polis...lisa sendiri pon takut nak report polis tapi itu je jalan terbaik kami boleh buat...

p/s : cam ne nak raye nie baju raye xde lagi...=(

Nak Raya :


Terima Kasih, sebab baca (:

Urban Vibe Online Contest

Jom Join URBAN VIBE ONLINE CONTEST...

KLIK sini....

HADIAH MENARIK PULAK 2...

1) Pertandingan terbuka kepada bakal pengantin Seluruh Semenanjung Malaysia yang berumur 20 tahun ke atas sahaja. Tidak di benarkan mewakili mana-mana pihak untuk menyertai pertandingan ini.


2) Peserta hendaklah mempunyai BLOG dan HENDAKLAH MENJADI FOLLOWER http://www.pameran-pengantin-malaysia.blogspot.com/ / dan add kami di Facebook Pameran Pengantin Malaysia.


3) Entri hendaklah bertajuk 'URBAN VIBE ONLINE CONTEST'.


4) Sila letak banner badge rasmi pertandingan ini di atas blog atau side bar blog anda dan juga dalam entri pertandingan. Dan sila linkkan ke blog PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA.


5) Buat satu ESEI (tidak kurang dari 200 patah perkataan) yang bertajuk :
Pameran Pengantin Malaysia ; Pilihan Utama Bakal Pengantin.


6) Namakan penganjur Pameran Pengantin Malaysia dan di manakah lokasi & tarikh Pameran Pengantin Malaysia seterusnya.


7) Letakkan LOGO penganjur & LOGO rasmi Pameran Pengantin Malaysia.


9) Letakkan gambar 'Candid Tercomel' anda & pasangan anda. (Hanya dibenarkan meletak sekeping gambar, dan pastikan gambar anda berdua sopan dan tidak menyinggung mana-mana pihak).


10) Hadiah boleh di guna sepanjang tahun 2010 sehingga 31 MEI 2011 (TERTAKLUK KEPADA KEKOSONGAN TARIKH, TERUTAMANYA HADIAH BAJU SANDING).



11) Selesai semuanya, TINGGALKAN KOMEN pada ENTRI INI SAHAJA. InsyaAllah pihak kami akan menjengukkan diri ke blog anda. Yang tak tinggal jejak, tidak akan di layan.


Semua keputusan adalah MUKTAMAD. Sebarang email pujuk rayu tidak akan di layan. Tarikh tutup penyertaan adalah sehingga 27 September 2010 sebelum 12 tengah malam.



HADIAH-HADIAHNYA BERUPA:



TEMPAT PERTAMA : Wang Tunai berjumlah RM200.00
Sepasang Baju Sanding (Lace) (Lelaki + Perempuan)
Custom Album
Sijil Penyertaan

TEMPAT KEDUA : Wang Tunai berjumlah RM100.00
Sepasang Baju Songket Bunga Tabur (Lelaki + Perempuan)
Custom Album
Sijil Penyertaan

TEMPAT KETIGA : Wang Tunai berjumlah RM50.00
Custom Album
Sijil Penyertaan


*Semuanya tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu. Kami berhak menarik balik hadiah yang di menangi jika terdapat sebarang percanggahan tarikh, tiada persetujuan untuk additional cost (refundable security deposit untuk baju sanding lace mahupun songket).Semua hadiah tidak boleh ditukar nilai wang Ringgit atau di tukar dengan barangan lain.

Nak tahu lebih lanjut klik kat cni....PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA...
Terima Kasih, sebab baca (: