Followers

Wednesday, September 22, 2010

10 Perkara yang TIDAK disukai LELAKI tetapi DISUKAI oleh PEREMPUAN

Salam..

Tengok tajuk tu punyalah panjang..kalau tak faham jugak tak tahu la kan.. =)
saja nak bagi tahu..ni entry yg ke-100..haih..dah lama ber blog tapi baru dapat 100 entry..tapi tak apa tetap teruja...

ok hari ni tak tahu nak update apa so, kita cerita sikit pasal perangai perempuan yang lelaki tak suka...nak jugak update walaupun...

******here we go...!!!!!!!******

1. Cerewet

Cuba tanya kat mana mana lelaki, ada tak yang suka kat perempuan yang cerewet..ok jawapan yang 98% pasti adalah TAK SUKA ya..yang lagi 2% tu mungkin time dia jawap tu dalam keadaan yang tidak sedar =0
Lelaki sangat lah tidak suka kepada perempuan yang cerewet tahap dewa..kerana bagi mereka perempuan yang cerewet ini adalah sangat merimaskan..dah semua tak boleh mana boleh tahan kan..

You jangan lah pakai seluar pendek..i xsuka la..i geli tengok bulu kaki u..

agak agaknya apa lelaki tu buat..?fikirkan..

2. Kuat Berleter

Ok ni kegemaran semua perempuan..saya tahu..LELAKI tidak tahu yang sebenarnya kalau perempuan tu berleter maksudnya dia sayang...betul tak..tapi itulah...nak berleter boleh, tapi jangan lah sampai naik berlubang telinga KEKASIH anda tu..LELAKI ni kalau boleh..kalau dia buat salah PEREMPUAN diam je..

Masa diawal awal perhubungan kuat berleter tu memang LELAKI SUKA..bagi LELAKI PEREMPUAN yang kuat berleter tu seorang yang sangat mengambil berat, tapi itu semasa sayang masih penuh didada..tetapi semasa sayang sudah semakin kurang..agak agaknya apa PEREMPUAN itu dapat...

3. Pengotor

Yang ini tak payah nak huraikan panjang panjang..semua orang pun tak suka kekotoran..jaga kebersihan diri anda..

4. Sombong

Jangan terlalu sombong..lelaki sangat suka PEREMPUAN yang pandai bawa diri..TAK terlalu sombong dan TAK terlalu peramah..LELAKI suka kepada PEREMPUAN yang dapat terima kawan kawan mereka dan dapat lepak bersama.

5. Banyak Mulut

Kata lain untuk Banyak Mulut ini adalah MULUT MURAI..aduh..lelaki TIDAK suka perempuan yang bermulut bising..sangat la merimaskan..jangan sampai orang tanya orang lain KAMU pulak yang menjawap..

6. Bercanggah Pendapat

Semua LELAKI kot yang suka PEREMPUAN ikut cakap dia..Sebab lelaki kan ada EGO..Tapi kalau LELAKI mintak yang bukan bukan jangan pula KAMU ikut tanpa berfikir dahulu..Kadang kadang LELAKI tidak suka jugak kepada PEREMPUAN yang lurus bendul..Sesekali berkata TIDAK adalah PENTING!!!!!!!.

7. Tidak Bersopan

Kadang kadang itu ada jugak masa masanya PEREMPUAN yang terlepas laku..Tapi ada jugak PEREMPUAN yang memang tidak bersopan..bukan maksudnya kena jadi seperti GADIS MELAYU TERAKHIR, tetapi jangan terlalu over..latihlah diri anda menjadi lebih sopan ya..

8. Degil

Sesekali mengaku kalah tidak salah.Walaupun anda rasa anda berada di pihak yang benar. sesekali bagi muka apa salahnya girlz..=)

-MENGAKU SALAH BUKAN BERMAKNA KALAH-

9. Pura Pura Tidak Tahu

Kalau orang tanya pendapat. beri lah pendapat anda..Jangan pula buat buat tidak tahu..jangan kedekut ilmu..tapi jangan sampai orang cakap anda berlagak pandai pulak. Jawap apa yang anda tahu sahaja..Tapi jangan pula anda buat buat tidak tahu hanya untuk menjaga hati si dia.. ^_^'

10. Ungkit kesah lama

Sifat PEREMPUAN kalau tengah marah memang semua nak cakap termasuk lah perkara perkara yang dah lepas. sehingga kan perkara yang tidak berkaitan pon di kaitkan..Jangan terlalu amalkan sebab LELAKI tidak suka kalau perkara yang sudah lepas di ungkit ungkit semula..ini memang boleh mendatangkan marah..

ok dah cukup?kalau ikutkan ada banyak lagi, tapi cukuplah..penat dah ni menaip..=)

Fikir fikirkan lah..





Terima Kasih, sebab baca (:

4 comments: